Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Majlis Daerah Beaufort

Alamat : Majlis Daerah Beaufort, Peti Surat 181, 89808 Beaufort, Sabah

Fungsi dan Peranan Majlis Daerah Beaufort

Mentadbir Majlis dengan mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan kecekapan di kalangan pegawai dan kakitangan dengan mewujudkan sistem pengawasan yang akan menyelaraskan semua dasar-dasar kerajaan demi merialisasikan aspirasi mesyarakat.
Fungsi

• Pentadbiran
• Urusetia Jawatankuasa
• Perhubungan Awam
• Pengurusan Personal dan Perkhidmatan
• Setor dan Alatulis
• Pengurusan latihan untuk kakitangan
• Mengawal selia dan merekod harta benda milik MDBFT
• Perlesenan
• Kontrak dan Perjanjian

Mewujudkan sistem pengurusan kewangan dan akaun yang sistematik dan memastikan sistem kewangan dan akaun Majlis selaras dengan Ordinan Kerajaan Tempatan, 1961 serta Arahan Kewangan Kuasa-kuasa Tempatan.

Fungsi dan Perkhidmatan / Aktiviti.

1. Melaksanakan pengurusan dan pentadbiran kewangan mengikut peraturan dan prosedur Arahan Kewangan Kuasa-kuasa
Tempatan.
1.1 Penyediaan Belanjawan Tahunan.
1.2 Pengawasan Peruntukan dan Pengurusan Penyata Penyesuaian.
1.3 Penilaian hartabenda.
1.4 Penilaian semula hartabenda.
1.5 Menyelanggara Rekod Pemegang Harta.
1.6 Bantahan dan remisi.

2. Melaksanakan pengutipan pelbagai hasil Majlis.
2.1 Kutipan bayaran Cukai Pintu.
2.2 Kutipan bayaran Ses Tanah.
2.3 Kutipan bayaran Lesen.
2.4 Kutipan bayaran Pelan.
2.5 Kutipan bayaran Iklan.
2.6 Lain-lain bayaran kepada Majlis.
2.7 Penyediaan dan Pengeluaran Notis Taksiran.

3. Melaksanakan pelbagai pembayaran, gaji kakitangan, perbelanjaan pengurusan dan pembangunan.
3.1 Bayaran Gaji dan Elaun.
3.2 Bayaran bil-bil.
3.3 Bayaran perbelanjaan operasi.

4. Perakaunan.
4.1 Menyelanggara rekod perakaunan.
4.2 Penyediaan Penyata Hasil Bulanan / Tahunan.

Memastikan pengurusan aktiviti-aktiviti pembangunan infrastruktur dan perkhidmatan awam mengikut perancangan yang teratur.

Fungsi dan Perkhidmatan / Aktiviti.

1. Penyelarasan dan pengawalan pembangunan dalam kawasan Majlis.
1.1 Proses kelulusan Pelan Pembangunan.
1.2 Proses kelulusan Pelan Bangunan.
1.3 Proses kelulusan Penukaran Zon.
1.4 Proses kelulusan Pelan Pengubahsuaian Bangunan.
1.5 Proses kelulusan Pelan infrastruktur / kemudahan awam
(Perparitan, Jalanraya, Sistem Pembentungan Najis, Landskap, Lampu Jeraya dan Kerja Tanah)
1.6 Pengeluaran Sijil Menghuni (O.C.)
1.7 Proses kelulusan Pelan Pembahagian Tanah.

2. Penyelarasan dan perancangan projek pembangunan Majlis.
2.1 Pembangunan landskap bagi kawasan baru.
2.2 Projek pembangunan baru.
2.3 Mengurus pemanggilan tender / sebutharga Majlis.
2.4 Penyediaan dokumen tender / sebutharga.
2.5 Analisa tender / sebutharga.
2.6 Mengurus pendaftaran kontraktor.
2.7 Penyeliaan perlaksanaan projek-projek.

3. Perkhidmatan penyelenggaraan kemudahan awam.
3.1 Menyelaras dan melaporkan kerosakan sistem pembentungan najis kepada pihak JKR.
3.2 Menyelaras pembaikan dan penyelanggaraan jalanraya Majlis.
3.3 Menyelaras pembaikan dan penyelanggaraan lampu jalan.
3.4 Menyelaras pembaikan dan penyelanggaraan sistem perparitan.
3.5 Menyelaras pembaikan dan penyelanggaraan kawasan lapang.

4. Penyeliaan harta benda Majlis
4.1 Pembaikan kerosakan bangunan-bangunan Majlis.
4.2 Pemeriksaan berjadual ke atas bangunan-bangunan Majlis.

5. Pengurusan mesyuarat.
5.1 Urusetia mesyuarat Jawatankuasa Perancang Bandar dan Pelan Bangunan Majlis.
5.2 Urusetia mesyuarat Jawatankuasa Lalulintas, Tempat letak kereta dan Lampu Jeraya.
5.3 Urusetia mesyuarat Lembaga Tawaran.

Memastikan pelaksanaan tugas-tugas penguatkuasaan Undang-undang Kecil dan semua peraturan yang diterimapakai oleh Majlis Daerah Beaufort dapat dipatuhi sepenuhnya oleh semua pihak.

Fungsi dan Perkhidmatan / Aktiviti

1. Penguatkuasaan semua Undang-undang Kecil Majlis.
•Kawalan ke atas penjaja haram.
•Kawalan pengiklanan.
•Kawalan penjaja tamu.
•Kawalan kebersihan pasar.
•Kawalan lalulintas dan letak kereta.
•Penyisasatan aduan.

2. Penguatkuasaan Building By-Law 1951. Kawalan pembangunan haram (setinggan) dan penambahan haram bangunan.

3. Penguatkuasaan Dog Ordinance, 1960 (No. 24 of 1960) Perlaksanaan pemusnahan Anjing liar.

4. Menyelaras Penguatkuasaan semua undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh Majlis.

Memastikan tahap kebersihan/kesihatan persekitaran di kawasan premis perniagaan demi mewujudkan suasana persekitaran yang bersih dan sihat bagi menjamin kesejahteraan dan keselesaan masyarakat.

Fungsi dan Perkhidmatan / Aktiviti

1. Bertanggungjawab ke atas perkhidmatan kesihatan persekitaran seperti kawalan vektor/penyakit berjangkit, kawalan keselamatan mutu makanan, pemantauan tahap kebersihan tandas awam dan pendidikan kesihatan.

2. Bertanggungjawab menyelaras pelaksanaan tindakan-tindakan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kakitangan MDBFT.

Memberikan perkhidmatan pembersihan di kawasan pekan dan kawasan operasi.

Fungsi dan Perkhidmatan / Aktiviti

1. Bertanggungjawab ke atas pembersihan dan pengindahan halaman seperti pembersihan lorong, pengindahan landskap dan tempat awam.

2. Bertanggungjawab dalam perkhidmatan kutipan sampah, memotong rumput, dan pembersihan parit.